Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengumumkan 84 lagi pesakit pulih, menjadikan jumlah keseluruhan yang telah sembuh daripada jangkitan itu ialah 4,171 atau 69.5 peratus.<br /><br />Dua kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian sebanyak 102 orang.<br /><br />Setakat jam 12 tengahari, Malaysia mencatatkan 57 kes baru yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,002 kes.
